Lala atau Seafood Varuval Resipi Mudah, Antara Masakan India Yang Popular.Ia adalah hidangan ayam yang dimasak dengan rempah dan digoreng sehingga dan garing.
“Varuval” dalam bahasa Tamil bermaksud menggoreng garing. Jom masak!
Jum Hidangan : 2-3 orang
Masa Penyediaan : 30 minit
Bahan-bahan Lala Varuval :
A Bahan rempah (ditumbuk / kisar):
1sb Jintan Putih
1sb Jintan Manis
1sb Biji Ketumbar
1 btg Kulit Kayu Manis
1 biji Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
1 biji Bunga Cegkih
1 Tangkai Daun Kari
B Bahan Rebus:
2 Biji Ubi Kentang (Potong Dadu)
C Bahan Tumis:
500g Lala (digaul dengan serbuk kunyit)
1 sb Pes Halia
1 Biji Bawang Merah
1 Biji Tomato
2 Helai Daun Salam
10 biji Cili@Kering
3 Tangkai Daun Kari
1 sb Serbuk Cili
1 sb Serbuk Kunyit
1 1/2 Serbuk Kari Ikan
2 sb Yogurt Plain
Garam & Gula secukup rasa
Cara Masak:
1.Perap lala bersama serbuk Kunyit selama 5 minit.
2. Sangai bahan A seketika. Angkat dan ketepikan.
3. Rebus Kentang sehingga empuk.
4.Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang merah, Cili Kering, Daun Kari, Daun Salam dan tomato sehingga bawang bertukar warna (layu).
4. Lepas itu, masukkan Lala, Serbuk Kunyit, Serbuk Cili, Serbuk Kari, Yogurt, Pes Halia dan Rempah yang di tumbuk halus dan gaul hingga sebati dan kering. Tak perlu ditambah air kerana masakan ini seharusnya kering.
5. Perasakan dengan garam dan gula Siap! Sedia di makan bersama nasi panas. Nalerekek!
Selamat Mencuba!
Kredit resepi dari @ananthancharan
#fienazshafie #dapoqkebaya #indianfood #varuval #seafoodvaruval
Source